Latar belakang Gerakan_4_Mei

Gerakan 4 Mei merujuk kepada demonstrasi yang dilancarkan oleh pelajar-pelajar di Universiti Peking (Beijing) pada 4 Mei 1919.

Gerakan ini merupakan kebangkitan nasionalisme rakyat Cina terhadap kegiatan imperialisme yang ditekankan terhadap mereka. Gerakan ini merupakan sebahagian daripada gerakan intektual yang berlaku antara tahun 1917-1923.

Kemunculan Gerakan 4 Mei disebabkan oleh perasaan tidak puas hati terhadap keputusan Perjanjian Versailles yang memihak kepada Jepun.

Pada 4 Mei 1919, lebih kurang 5000 orang yang terdiri daripada pensyarah dan mahasiswa Universiti Peking (Beijing) mengadakan demonstrasi membantah keputusan Perjanjian Versailles.

Demonstrasi pelajar mendapat sokongan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Cina. Perkembangan ini menyebabkan rusuhan dan pemogokan diadakan di seluruh negara.

Matlamat utama gerakan ini adalah menyelamatkan China daripada ancaman kuasa-kuasa asing.